Sinar Harian 19 Sept 2009
Saya senyum, ya… senyum sahaja tatkala membaca kenyataan pembela-pembela Tun Mahathir yang saya percaya, termasuk dalam golongan itu adalah mereka yang saya boleh panggil ‘panglima celup’.
Sebabnya, kerana sebilangan daripada mereka yang membela setelah Tun Mahathir dihina dalam isu ‘kalung selipar’, adalah juga mereka yang pernah menghina negarawan itu semasa era Pak Lah dahulu.
Tidak! Saya tidak katakan Pak Lah terbabit dalam usaha menghina Tun Mahathir waktu itu tetapi umum mengetahui bahawa dinginnya hubungan antara dua pemimpin itu telah mendorong ramai juak-juak yang mahu mengambil kesempatan untuk melempar kecaman yang sangat biadab – malah lebih biadab daripada isu kalung selipar – bagi menunjukkan kesungguhan mereka membela Pak Lah yang dikritik Tun Mahathir.
Dan sekarang, apabila Tun Mahathir dikritik, dihina, kita dapat lihat orang yang sama juga tampil sebagai pembela. Saya tidak kata, semua yang membela Tun Mahathir dalam isu kalung selipar adalah mereka yang pernah menghinanya dahulu tetapi saya percaya, ramai orang masih ingat bahawa dalam kalangan itu, siapa yang saya maksudkan sememangnya ada.
Dan saya juga percaya, jika isu kalung selipar ini tercetus semasa Pak Lah masih memerintah, situasinya boleh jadi berbeza. Mungkin tidak ada mereka yang saya boleh panggil panglima termasuk ‘panglima celup’ akan tampil membela Tun Mahathir segarang ini. Yang membezakannya, kerana Malaysia sekarang diperintah oleh Datuk Seri Najib yang lebih ‘Mesra Mahathir’ berbanding Pak Lah.
Dengan itu, tidak hairanlah suara untuk membela Tun Mahathir dalam isu kalung selipar ini juga menjadi cukup lantang dan terkehadapan.
Saya sebenarnya bukan mahu berbicara mengenai orang yang terlibat atau isu kalung selipar secara khusus tetapi mahu kita sama-sama menilai, inilah wajah sebilangan ahli politik kita hari ini.
Saya kadang kala berasa sangat sedih apabila melihat, sekadar untuk menyatakan pendirian, mereka menoleh dahulu kiri kanan menilai kepentingan. Ramai daripada mereka yang tidak bersikap objektif tetapi sekadar ikut-ikutan.
Untuk berkata sesuatu, mereka tidak lagi melihat kebenaran atau keadilan tetapi apa kepentingan yang mereka boleh raih daripada kenyataan itu. Dan sudah tentu kenyataan itu dipastikan tidak bercanggah dengan pendirian Orang No 1, yang merujuk kepada siapa yang paling berkuasa waktu itu.
Untuk dilihat senada dengan Orang No 1, mereka sanggup berbuat apa sahaja termasuk menghentam Tun Mahathir habis-habisan seperti yang pernah berlaku sebelum ini.
Saya tidak nafikan, Sukumaran yang mencadang Tun Mahathir dikalung selipar mungkin juga termasuk dalam golongan itu atas niatnya untuk mengambil hati Samy Vellu yang terdahulu telah dikritik oleh Tun Mahathir dalam interbiu dengan Malaysian Nanban.
Malah Samy Vellu sendiri juga, mengikut kenyataan Datuk Seri Aziz Shamsuddin, adalah antara orang yang paling banyak mencium tangan Tun Mahathir semasa beliau memerintah. Namun, bak kata pepatah Melayu, pokok apabila sudah tumbang, kura-kura pun boleh meniti.
Sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, Tun Mahathir tentunya sudah cukup masak untuk berdepan dengan realiti seperti ini.
Dan saya percaya, Pak Lah juga sedang cuba memahami apa yang sedang dilaluinya kini.
Ahad, 2009 September 27
Ahad, 2009 September 06
Banyak berterawih, tambah 'power'
Sinar Harian 3 September 2009
KAWAN saya, Rosli tiba-tiba berkata: “Patutlah ustaz-ustaz, tok-tok guru dan alim ulama kita, ramai anak, dan yang ramai isteri, pun ramai jugak. Rupa-rupanya, rajin sembahyang bukan setakat dapat banyak pahala, malah boleh dapat banyak anak juga.”
Kata Rosli, sejak masuk bulan puasa tahun ini, dia sendiri berasa lain macam. “Kalau dulu, ada juga rasa semput-semput. Macam enjin banyak karbon, dah lama tak overhaul. Tetapi sekarang ni, lancar saja, malah dapat lebih kilometer pula,” katanya.
Saya bersama tiga kawan lain; Isa, Awang dan Mazli berdekah-dekah ketawa.
Saya teringat laporan surat khabar pada 6 Ogos lalu, berkaitan kajian seorang profesor di Universiti Malaya mengenai hikmah solat yang boleh membantu lelaki menjadi lebih lelaki.
Dalam laporan itu, pakar bioperubatan Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim mendedahkan daripada kajiannya bagaimana lelaki yang mengalami masalah ‘mati pucuk’ atau disfungsi erektil boleh memperbaiki keadaan mereka dengan melakukan solat 12 rakaat secara berterusan dalam masa setengah jam, sebanyak tiga kali dalam seminggu.
Kawan saya, Rosli pula mendedahkan daripada ‘kajian’ dan pengalamannya sendiri yang kononnya telah mengalami perubahan ketara sejak tidak ketinggalan solat sunat Terawih sejak malam pertama Ramadan hingga sekarang, dan katanya dia tidak akan ponteng walau satu malam hingga berakhir bulan puasa nanti.
Satu perkara lagi, kata Rosli, pada setiap kehadiran itu, dia tidak pernah tertinggal barang satu rakaat pun melainkan semuanya penuh 20 rakaat dengan tambahan tiga rakaat Witir.
“Dan ternyata aku mendapat lebih ‘kilometer’,” kata Rosli.
Rosli memang mengambil berat akan hal yang ‘satu’ itu. Sebelum ini, dia pernah mengajar saya berjalan ‘kaki ayam’ di atas jalan tar, pun untuk mendapat lebih ‘kilometer’ juga. Tidak tahulah dari mana dia mendapat petua yang luar biasa itu.
Seingat saya, Dr Ismail Tambi tidak pernah pun berkata, “Berjalan ‘kaki ayam’ di atas jalan tar boleh membantu anda mendapat lebih ‘kilometer’” sebaliknya yang diajar oleh Dr Ismail adalah dengan memakai cincin ‘Kanda’.
Seorang mufti (yang sudah lama bersara) pernah menelefon saya untuk berkongsi satu ‘fatwa’ yang lebih luar biasa. Kata mufti berkenaan, dia ada kawan yang anaknya sangat ramai.
Maka apabila ditanya oleh si mufti dan kawan-kawan yang lain mengenai petua bagaimana untuk mendapat anak ramai, dijawab oleh kawan itu, apa yang diamalkannya adalah sangat mudah.
Katanya, apa yang dia lakukan hanyalah dengan mencampak seluar yang baru ditanggalkannya, di atas kelambu tempat tidur isterinya. Esoknya, kata si kawan mufti, mengandunglah isterinya itu.
Jika petua itu diambil pakai, saya percaya, orang sekarang bukan setakat kurang anak, malah mungkin langsung tidak beranak kerana jarang sangat ada orang yang tidur masih guna kelambu. Kalau ada pun yang berkelambu, mungkin hanya pada katil pengantin tetapi boleh jadi tidak ramai pengantin lelaki yang tergamak hendak mencampak seluar kerana bimbang akan merosakkan renda katil atau takut dikata terlalu kemaruk dan gelojoh.
Walau apapun, sama ada petua kawan saya, Rosli itu benar atau tidak, iaitu dengan rajin bersolat sunat Terawih pada bulan puasa ini akan membantu seorang lelaki menjadi lebih lelaki malah mampu mendapat lebih 'kilometer' di kamar tidur, sebagai orang Islam, kita wajib percaya apa yang telah disyariatkan oleh Allah SWT bagi kita, ada hikmahnya.
Kajian saintifik oleh Profesor Madya Dr Fatimah, sudah memberikan kita petunjuk akan kebenaran itu.
Secara logik sahaja, mudah untuk kita fahami bahawa perut yang kosong, tiba-tiba diisi sendat pada waktu berbuka, memerlukan aktiviti jasmani yang agresif untuk melancarkan proses penghadamannya.
Nah! Tunggu apa lagi, jomlah ke masjid!

Corat-coret musim durian
Sinar Harian Jun 2009
BIASANYA beginilah. Setiap kali musim durian, saya pasti teringat memori zaman kanak-kanak. Bukan sekarang tidak boleh makan durian. Di mana-mana pun kita boleh dapat durian, cuma siaplah RM banyak-banyak kalau mahu merasa gred D24 ataupun sekurang-kurangnya D2 yang harganya melambung tinggi pada awal musim.
Kepada emak di kampung, selalu saya sebut, janganlah sampai paksa diri masuk semak tengah malam untuk pastikan durian yang baru gugur selamat masuk ke dalam perut kami anak beranak.
Di Kuala Lumpur, durian pun macam orang juga, berbagai-bagai suku dan bangsa mudah dapat. Ada dari Raub, Segamat dan yang paling banyak dari Thailand.
"Jadi, mak jangan bimbang kami tak makan durian," kata saya. Walau apapun, kalau emak 'kacau' durian buat lempuk dan tunggu kami balik, itu sangat-sangat saya hargai kerana di KL, lempuk memang susah nak jumpa.
Musim kali ini, saya rasa saya paling banyak makan durian berbanding musim-musim terdahulu. Ini kerana saya tidak dapat 'tahan' setiap kali wartawan di daerah menghantar berita hal pesta durian di kawasan masing-masing.
Sepanjang bertugas dengan Sinar Harian edisi Terengganu sebelum ini, saya tidak pernah dihadapkan dengan berita durian semeriah sekarang. Namun dari utara, ada sahaja berita kenduri pulut durian hampir setiap hari. Budaya melayan musin durian juga berbeza antara negeri.
Di Padang Terap, Kedah, hingga sekarang masih ada kenduri yang dipanggil 'kenduri kubur' dianjurkan setiap kali musim durian. Diberi nama 'kenduri kubur' kerana pada zaman dahulu, kenduri itu sememangnya diadakan di kawasan kubur yang pengisiannya adalah tahlil arwah dan makan-makan.
Bagaimanapun apabila kesedaran mengenai hukum-hakam agama sudah semakin meningkat, 'kenduri kubur' dipindahkan ke masjid atau surau kerana memang tidak manis jika kita berseronok suka ala pesta makan-makan sedangkan 'orang di bawah' tidak pula dipelawa.
Setahu saya, di daerah lain di Kedah mahupun di negeri-negeri lain, istilah kenduri kubur tidak pula digunakan walaupun biasa, pada musim durian, majlis kenduri tahlil dengan hidangan durian diadakan.
Seperti yang disebut tadi, walaupun di Kuala Lumpur mudah dapat durian sama ada di 'Dusun Chow Kit' mahupun di dusun mana-mana dan saya sendiri tidak pernah berasa nafsu tersekat untuk menikmati keenakan raja buah, namun cara kita melayani keghairahan itu pasti tidak sama dengan zaman budak-budak dahulu.
Di kampung, musim durian disambut sangat meriah. Ahli keluarga yang lama-lama sekali nampak batang hidung, berkumpul makan durian beramai-ramai di dalam dusun. Sekarang, apabila dusun dipusakai kepada anak-anak, batang pokok durian sudah berganti dengan batang kelapa sawit. Bagi anak-anak, yang lebih penting adalah duit.
Apabila duit banyak, nak beli durian selori pun tidak jadi masalah. Anak-anak tidak mahu pokok durian terus tegak di tanah pusaka kerana nanti jenuh adik beradik lain juga bertandang dan menganggap masih ada hak pada tanah pusaka sedangkan 'panggu' masing-masing sudah diberi.
Emak bapa dahulu tanam durian untuk anak cucu pakat-pakat makan. Itulah bezanya orang dahulu dengan sekarang!
Walau apapun, spesies manusia pemurah yang berkenduri setiap kali musim durian masih belum pupus sepenuhnya. Ada yang berkenduri durian dengan pulut yang dimakan dengan santan atau dibuat 'seghawa'. Seghawa adalah istilah orang Kedah bagi bubur. Ada juga yang makan pulut durian dengan susu lembu.
Sebagaimana yang saya sebutkan tadi, musim durian di kampung adalah musim memperkukuh silaturahim. Masih saya ingat, jiran tetangga dan saudara mara yang semuanya berpangkat 'pakcik' saya perhatikan senda gurau mereka seperti tidak ada batasan, terutama pada musim durian. Ketika makan pulut durian, mereka meramas-ramas sambil bergelak ketawa, kononnya untuk lebih sedap.
Ada juga yang mahu tunjuk betapa sedapnya pulut durian yang dimakan, sehingga tanggal gigi palsu dan diletak di tepi pinggan. Walaupun gurauan itu pastinya 'menggeligelemankan' bagi orang lain, namun saya dapati mereka semua sangat menghayatinya. Dan itulah yang menjadikan hubungan mereka sangat mesra.
Sekarang, mereka yang saya panggil pakcik, pak ngah, pak su, pak ndak dan pak teh, seperti ayah saya juga, sudah tidak ada lagi di dunia ini. Namun kemesraan mereka dalam berhubungan dan berkasih sayang, sentiasa menjadi petunjuk dan pengajaran bagi saya. Saya pasti akan sentiasa merindui mereka semua.
Meskipun orang lain lebih ghairah menggantikan pokok durian dengan pokok kelapa sawit untuk dapat lebih banyak duit tetapi saya sebaliknya akan tanam sebanyak mungkin pokok durian baru.
Duit bagi saya tidak mampu membeli segala benda, termasuk kenangan dan nilai-nilai baik yang dibawa oleh orang tua kita dahulu.
Durian dibeli tidak sama sedapnya dengan durian yang gugur di dusun pusaka.

Kelam-kabut selepas kematian Beng Hock
Sinar Harian Julai 2009
URUSAN duniawi Teoh Beng Hock sudah selesai. Ikut fahaman saya sebagai orang Islam, dia sekarang mungkin sedang disoal siasat, bukan oleh pegawai SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) tetapi oleh satu pihak lain.
Yang masih tidak selesai ialah urusan beribu orang lain yang ternyata kalut selepas kematian Beng Hock.
Halal haram seakan sudah menjadi permainan. Hukum seperti berubah sifat apabila diungkapkan oleh orang politik.
Sebagai orang neutral, saya berasa teramat malu, sedih dan kecewa berhadapan dengan situasi ini.
Malu apabila memikirkan padangan orang bukan Islam terhadap agama suci saya, apakah Islam yang dihujahkan sebagai satu kepercayaan dan 'addin' yang universal sifatnya serta relevan pula sepanjang zaman, boleh berubah-ubah hukumnya apabila diucapkan oleh orang yang berbeza fahaman politik.
Sememangnya kita tahu, Islam sendiri tidak menghalang perbezaan pendapat untuk menggalakkan ijtihad bagi mencernakan pemikiran yang lebih bernas namun senario yang berlaku bukan lagi kondusif atau sesuai untuk satu perbahasan ilmiah. Ia sebaliknya mencetuskan kecelaruan yang puncanya adalah perbalahan politik. Itu yang menyebabkan saya - sebagai orang neutral - berasa teramat sedih dan kecewa.
Isunya hanya kerana seorang pemimpin Pas memegang lilin yang menyala dalam keadaan berpakaian serba hitam atas alasan mahu menuntut keadilan bagi kematian Beng Hock.
Bagi mereka yang berpihak kepada pemimpin Pas itu, apa yang dilakukan tidak salah kerana si pemimpin hanya memberi penghormatan terakhir kepada mendiang yang sama sealiran fahaman politik dengannya. Manakala bagi yang tidak sefahaman dengannya pula, perbuatan itu tidak patut dilakukan oleh seorang Islam kerana ia menjurus kepada satu ritual agama yang berkaitan dengan kematian orang bukan Islam.
Meskipun alasan yang diberi hanya simbolisme budaya - bukan agama - namun alasan sekadar menghormati si mati tidak boleh diterima!
Bagaimanapun pertembungan yang sebenar sekarang bukan antara pemimpin Pas yang cenderung untuk bersetuju dengan tindakan si baju hitam yang memegang lilin menyala itu tetapi antara pihak yang berkenaan dengan tokoh-tokoh agama neutral yang bercakap semata-mata atas fakta hukum tanpa ada kepentingan politik.
Siapa Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria dan Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid?
Apakah mereka ada kepentingan politik sebagaimana pihak yang satu lagi apabila mengatakan perbuatan si baju hitam itu haram dan tidak wajar dilakukan oleh seseorang yang mengaku beragama Islam.
Mengapa pula satu pihak yang terkenal arif dalam hukum hakam agama malah pernah menganggap ulama lain sebagai 'ulama terompah kayu' dan seorang mufti dilabelkannya sebagai 'ulama haid dan nifas', sebaliknya bersungguh-sungguh mempertahankan perbuatan si baju hitam yang amat meragukan itu.
Saya bukan seorang ahli hukum untuk menentukan siapa yang benar, siapa yang salah. Akan tetapi sebagai seorang Islam, saya berasa amat kesal, sedih dan malu apabila mereka yang arif dan ahli fikir dalam agama saya, bertelagah dengan begitu terbuka atas kematian seorang bukan Islam.
Isu politik sekarang sudah menjadi perbalahan agama, sedangkan orang yang dibalahkan itu bukan pun beragama Islam. Ini yang menyedihkan!
Runsing dengan polemik yang memualkan ini, saya teringat satu insiden yang saya saksikan sendiri beberapa bulan lalu tatkala menghadiri satu majlis rasmi seorang pemimpin besar Pas. Ketika penganjur mahu menyerahkan topi besbol yang tertera simbol program kepada pemimpin berkenaan, seorang pegawainya meluru sambil melarang topi itu dipakai oleh si pemimpin. Alasannya, 'kafir' hukumnya jika pakai topi cepiau.
Saya tidak mahu sewenang-wenang memberi komen atas alasan pegawai kepada pemimpin besar Pas itu kerana saya sendiri pernah mendengar perkara yang sama disuarakan oleh tok guru saya, Lebai Wateh (juga seorang ulama Pas semasa hayatnya) di Kampung Ulu Mahang, Kedah yang menyebut tipi cepiau itu sebagai 'topi chongoh'.
Namun secara logik, dengan mengambil kira alasan 'kafir' jika memakai topi cepiau yang bukan dalam suasana berunsur keagamaan berbanding memakai pakaian serba hitam sambil memegang lilin dalam gelap malam dan bertafakur pula (yang cenderung untuk dianggap sebagai suasana keagamaan) bagi menghormati kematian seseorang bukan Islam, yang mana satukah lebih berat sandarannya untuk kita meletakkan hukum atas perbuatan itu dengan pertimbangan akal kita sendiri?
Syaratnya, akal yang mempertimbangkan itu dasarnya mesti neutral!
Walau apa pun, saya mengucapkan syabas kepada Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Harun Taib yang teguh mempertahankan pendirian bahawa perbuatan si baju hitam sememangnya tidak wajar kerana suasana ketika beliau melakukan perbuatan itu adalah amat meragukan.
Dr Harun secara tidak langsung telah menyanggah pendirian satu pihak yang paling berpengaruh dalam Pas untuk mempertahankan peraturan parti itu yang melarang ahlinya, apatah lagi pemimpinnya menghadiri sebarang upacara yang meragukan dari sudut pandangan Islam.
Walau apapun, saya sangat mengharapkan agar pendirian Dr Harun dan Dewan Ulama Pas disuarakan secara ikhlas dan neutral, bukan kerana kepentingan politik. Sebabnya, orang pun tahu 'api dalam sekam' yang sedang membakar parti itu sekarang!

Siapa pencatur konflik dalam Pas?
Sinar Harian 4 Mei 2009
DI Ankara, Turki, Reccep Taiyip Erdogan menjalani kehidupan seperti biasa. Tidak ada masalah luar biasa dihadapinya selain prejudis orang Eropah terhadap aliran Islam yang dibawa partinya, AKP. Manakala di dalam negara, sikap yang sama oleh kumpulan pendukung sekularisme totok warisan Attartuk. Itu bukan masalah yang luar biasa bagi Erdogan.
Tanpa Erdogan sendiri sedari, nun jauh beribu kilometer dari bumi Sultan Muhammad Al Fateh itu, namanya kini berkumandang riuh menjelang pemilihan sebuah parti politik aliran Islam.
Kumpulan Erdogan – entah siapa yang memberi nama itu – digambarkan sebagai satu fraksi dalam Pas yang dikatakan dikuasai secara senyap oleh Anwar Ibrahim. Kerana taksub kepada Anwar, adakalanya tindak-tanduk kumpulan itu dikatakan telah membelakangi prinsip-prinsip parti mereka sendiri.
Bagi pemerhati yang lama mengikuti aliran politik dalam Pas, ini merupakan satu perkembangan yang sangat luar biasa. Sudah menjadi tradisi sejak sekian lama, jawatan No 1 dan No 2 dalam Pas tidak pernah dipertandingkan.
Selama ini, ahli-ahli Pas diajar untuk begitu hormat kepada pimpinan mereka yang berstatus ulama sehingga dalam muktamar lebih sepuluh tahun lalu, seorang perwakilan Pas Kedah, Abdul Wahab Abdul Rahman pernah ditempelak kerana menuding jari ke pentas sewaktu menyertai perbahasan.
Namun pada tahun ini, kita bukan sahaja diperlihatkan dengan perkembangan bahawa akan berlaku pertandingan terbuka, malah politiking yang menjurus ke arah berlakunya perubahan itu juga amat luar biasa.
Dalam Sinar Harian semalam, Timbalan Pesuruhanjaya III Pas Kelantan, Nik Mohd Amar Nik Abdullah secara terbuka menempelak Naib Presiden, Husam Musa berhubung hujah Husam mengapa dia perlu mencabar jawatan Timbalan Presiden yang kini disandang Nasharuddin Mat Isa.
Menurut Husam, dia perlu berbuat demikian kerana sudah timbul keraguan dalam kalangan ahli Pas soal hubungan sulit parti itu dengan UMNO, yang secara sinikalnya ditujukan kepada Nasharuddin sebagai orang yang mengatur perundingan itu.
Bagi Nik Mohd Amar, hujah itu tidak kuat kerana Nasharuddin bertindak atas keputusan Majlis Syura Ulama manakala yang menyuarakan cadangan kerajaan perpaduan dengan UMNO adalah Abdul Hadi Awang iaitu presiden parti sendiri.
Kerana itu, kata Mohd Amar (secara sinikal), yang perlu ditukar adalah Abdul Hadi kerana dialah membawa cadangan itu.
Membakar sentimen ahli yang berideologi totok berkaitan hubungan dengan UMNO, bukan perkara asing dalam Pas. Kerana itu, apabila Husam menjadikan `hubungan sulit’ sebagai isu untuk mewajarkan dia bertanding, itu mampu memberi impak yang berkesan. Apatah lagi pendirian ini boleh dianggap sealiran dengan pegangan Tok Guru Nik Aziz, Mursyidul Am Pas sendiri.
Saya tidak mengatakan Husam daripada kumpulan Erdogan namun diketahui bahawa orang yang paling takut jika benar Pas merancang hubungan sulit dengan UMNO, adalah Anwar Ibrahim!
Melihat semua ini, ada pemerhati percaya, perubahan luar biasa berlaku dalam Pas menjelang pemilihan tahun ini seakan ada pihak tertentu yang mencaturnya. Ini kerana, ia berlaku dengan cara yang cukup teratur seperti bidak-bidak pada papan catur seorang pemain yang sangat strategis.
Saya sendiri tidak pasti siapa orang itu tetapi sudah tentu dia bukan Erdogan!

Isnin, 2009 Ogos 17
Solat untuk pulih mati pucuk
Sinar Harian 11 Ogos 2009
Seorang kawan yang dahulunya sering sahaja solat pada hujung-hujung waktu, sekarang sudah berubah. Sejak beberapa hari lalu, kadang kala belum masuk waktu pun dia sudah berada di surau. Bukan tercegat atau sekadar melangut tetapi bersolat sunat.
Bukan dia sahaja tetapi ramai yang lain pun begitu juga. Cuma perubahan mereka, tidaklah ketara seperti kawan yang seorang itu. Saya sendiri yang dahulunya paling 'liat' untuk melakukan sunat qobliah atau ba'diah kerana selalu kesuntukan masa mengejar deadline, kini sudah mulai berasa sayang nak tinggalkan sejadah.
Bukan di surau tempat saya sahaja, malahan saya percaya, inilah juga yang berlaku di mana-mana sejak 6 Ogos lalu. Sebabnya bukan semata-mata kerana dakwah Pak Ary atau Pak Legisan melalui ESQ tetapi kerana satu berita dalam surat khabar pada tarikh itu.
Seorang pakar kejuruteraan bioperubatan Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim mendedahkan daripada kajiannya, masalah mati pucuk atau disfungsi erektil yang amat menggerunkan kaum lelaki boleh diatasi dengan terapi solat, iaitu bersolat secara berterusan 12 rakaat dalam masa setengah jam sebanyak tiga kali seminggu.
Menurut Profesor Madya Dr Fatimah, ujian yang beliau jalankan terhadap dua lelaki bermasalah selepas sebulan mereka menjalani terapi itu menunjukkan mereka berjaya meningkatkan tahap ketegangan daripada kadar biasa. Ini sudah tentu menjadi berita baik bagi ramai lelaki.
Umum mengetahui bahawa masalah mati pucuk yang dimulai dengan gejala lemah tenaga batin amat menggerunkan bagi lelaki. Paling menakutkan apabila statistik menunjukkan 3.5 juta lelaki di Malaysia kini berhadapan dengan masalah itu, malahan 15 peratus adalah daripada lingkungan usia yang sepatutnya 'sangat perkasa' iaitu antara 25 hingga 34 tahun.
Seramai 23 peratus daripada lelaki-lelaki malang tersebut pula termasuk dalam kategori 'perlu bersara awal daripada perkhidmatan' kerana gagal memenuhi KPI iaitu tidak berupaya mengekalkan ereksi sehingga tiba di destinasi.
Seorang kawan lelaki yang bermasalah pernah mengungkapkan kata-kata yang amat syahdu bunyinya: "Daripada mati pucuk, lebih baik mati yang sebenar-benarnya." Itulah petunjuk ketakutan lelaki hari ini pada satu gejala yang boleh memerangkap mereka dalam 'neraka' dunia.
Lelaki yang mati pucuk menganggap diri mereka hilang segala-galanya. Satu lelucon popular menyebut, lelaki melalui beberapa tahap dalam kehidupan mereka iaitu, tahap pertama, mereka mempunyai 'bayangan hidup' (bayang-bayang sahaja, boleh hidup); tahap yang kedua, 'pandangan hidup' (pandang-pandang sahaja, boleh hidup); tahap ketiga, 'pegangan hidup' (perlu dipegang, baru hidup); tahap keempat 'permainan hidup' (fikirlah sendiri) dan tahap yang terakhir, 'perjuangan hidup' adalah yang paling bermasalah. Bagi kategori ini, mereka yang berkenaan perlu berjuang untuk 'hidup' dan inilah situasinya menghampiri tahap 'mati pucuk'.
Walau apa pun, kajian oleh Profesor Madya Dr Fatimah ini adalah berita yang sangat baik, dan masih memberi harapan kepada lelaki-lelaki yang berada dalam kelompok 'perjuangan hidup' ini.
Bagaimanapun satu perkara yang perlu diperingatkan ialah perbetulkan niat supaya anda lebih tenteram dari segi psikologi dalam menempuh situasi ini. Solat bukan semata-mata eksesais jasmani untuk membetulkan urat-urat yang tersimpul tetapi juga jalan mendekatkan diri kepada Allah.
Usaha tanpa redha, rahmat dan berkat tidak akan menjadi juga. Kerana itu, selepas solat, hendaklah berdoa. Dan sesungguhnya, solat kita bukan untuk nikmat dunia semata-mata. Selamat mencuba!

Sabtu, 2009 Julai 11
Julfekar, Farawahida, Pas, PKR dan DAP
Sinar Harian 6 Julai 2009
Julfekar dengan Farahwahida. PKR dengan DAP. Pas dengan DAP. Apa persamaan antara mereka semua?
Julfekar dengan Farawahida, seperti yang ramai pengamat dunia hiburan tahu, dulunya pernah digosip ada hubungan sebagai kekasih.
Bukan tujuan saya mahu menganalisa sama ada gosip itu benar ataupun tidak. Bagaimanapun dalam seminggu ini, meletup cerita baru, Julfekar mahu menyaman Farawahida atas sebab penyanyi itu didakwa mengengkari kontrak dengan syarikat miliknya. Beratus-ratus ribu RM juga banyaknya saman itu.
Saya kira, tidak ramai orang mahu memberi perhatian terhadap berita ini pada mulanya. Bagaimanapun apabila Farawahida membuat laporan polis mendakwa dia diugut gambar bogelnya akan disebarkan jika dia keluar daripada syarikat milik Julfekar, cerita ini tidak lagi ‘sesejuk’ isu saman menyaman yang terdahulu. Ramai yang tiba-tiba buka mata, termasuk saya!
Dan seperti saya, saya percaya ramai orang cuba mencari jawapan kepada satu soalan yang jawapannya masing-masing berasa sudah ada, benarkah sememangnya ada gambar bogel yang dikatakan itu?
Saya tidak mengatakannya ada, dan saya juga tidak mengatakan gambar itu tidak ada namun di penghujung semua persoalan itu, saya amat berharap supaya suatu hari nanti, Farawahida akan keluar dengan satu kenyataan baru yang mungkin berbunyi begini: “Apa yang laporkan tempoh hari hanya berkaitan dengan gambar bogel saya yang mungkin dibuat secara super-impose. Saya sendiri tidak pernah bergambar seperti itu...”
Itu hanya andaian saya untuk tidak berprasangka kepada Farawahida. Andaian ini tidak ada kena mengena dengan apa yang sedang disiasat polis.
Saya terpaksa membuat andaian seperti itu supaya gambaran saya terhadap gaya hidup artis-artis muda kita tidak terus bobrok dengan kisah-kisah picisan yang sangat memualkan seperti ini. Kasihan kepada mereka yang benar-benar cari makan.
Seperti yang saya kata tadi, saya tidak tahu sama ada benar Farawahida yang bimbang gambar bogelnya disebarkan, bercinta atau tidak dengan Julfekar. Tetapi seperti yang kita sedia tahu, malah mungkin kita sendiri juga pernah alami, orang bercinta, orang berkasih apabila sudah hilang rasa sayang, boleh berbuat apa sahaja.
Itulah juga yang sedang berlaku antara PKR dengan DAP di Pulau Pinang, dan DAP dengan Pas di Kedah. Yang tinggal untuk menyejukkan hubungan mereka hanya ‘orang tua’ di kedua-dua belah pihak yang bertelagah.
Dalam konflik PKR dengan DAP, ada Anwar Ibrahim dengan Lim Kit Siang, manakala antara Pas dengan DAP di Kedah, ada Tok Guru Nik Aziz dengan Lim Kit Siang juga.
Di Kedah, walaupun Ustaz Azizan kelihatan cuba terus bersikap ‘cool’ namun di pihak DAP, terutama Thomas Su seperti betul-betul mahu berpatah arang, berkerat rotan.
Kalau diumpamakan dengan suami isteri, Thomas sudahpun pergi ke mahkamah tuntut fasakh. Itulah yang saya perhatikan apabila satu persatu perkara yang sangat sensitif sudah ditimbulkannya secara terbuka dalam sehari dua ini, termasuk kononnya kerajaan mahu merobohkan kuil Hindu dan tokong Buddha di Kedah.
Di Pulau Pinang, Pengerusi PKR negeri, Zahrain Mohamed Hashim secara terbuka kelmarin membidas Lim Guan Eng yang menurutnya cakap tidak serupa bikin meskipun selama ini melaung-laungkan kononnya mahu meneladani Khalifah Umar Abdul Aziz dalam pentadbiran.
Zahraian meluahkan rasa kecewa apabila Guan Eng sebaliknya tidak mahupun berjumpa dengan Johari Kassim, Ketua Whip PKR dalam Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang dipecat kerana memboikot pelantikan Mohktar Jait, YDP MPSP yang baru.
Johari, kata Zahrain sudahpun menyesali tindakannya dan sikap Guan tidak mahu bertemu dengannya adalah sesuatu yang sangat mengecewakan PKR, kata Zahrain.
Tidak cukup dengan itu, untuk menambahkan lagi luka yang sudah berdarah, Jeff Ooi, Ahli Parlimen DAP Jelutong, kelmarin mengadakan sidang media untuk mendedahkan perilaku seorang Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) daripada PKR yang didakwa menyalahgunakan kuasa untuk mendesak penggantungan kerja sebuah projek kondominium ditarik balik oleh MPPP.
Secara peribadi, saya percaya, konflik yang tercetus antara DAP dengan PKR, mahupun DAP dengan Pas sebenarnya bukan baru, cuma barangkali selama ini tidak terdedah. Seperti pasangan kekasih, pada peringkat awal semua perkara nampak elok dan yang tidak elok pun tetap dikata elok.
Pada masa itu, bau kentut pun dianggap wangi dan menjadi igauan apabila berjauhan. Tetapi cinta ‘plastik’, selama mana boleh bertahan?
Melihat semua keadaan ini, saya teringat pada pesanan seorang sahabat, Datuk Hussein Abdul Rahman yang saya panggil Cikgu Hussein dari Kulim. Katanya, “kita kalau berkawan, jangan terlalu baik, tinggal sedikit habuan (bahagian) untuk berkelahi. Dan kalau bermusuh, jangan sampai berpatah arang, tinggal sedikit habuan untuk kita berbaik semula.”
Dan saya nak tambah sedikit pada pesanan itu, walau macam mana sekalipun bercinta, jangan sampai bergambar bogel, waima suami isteri!

Langgan:
Catatan (Atom)